EVP PROFILE

Foto saya
Unholy Triangle/Matu-Daro/Desa Ilmu Kota Samarahan/ Kuching, Sarawak, Malaysia
UNDERGROUND -Label -Merchandise -Distro

Sabtu, 21 November 2009

Sejarah Penubuhan EVP

Sebenarnya, sebelum tertubuhnya label ini saya aktif dalam distro kecil kecilan selain daripada membuat majalah underground (bertahan sehingga edisi ke-2 sahaja). Bermula kira-kira tahun 2001, masa tu baru habis study. Deal secara kecil-kecilan dengan local distro kemudian dengan label2 dan direct dengan editor2 zine dan band dengan niat untuk menyebarkan rilisan2 mereka kepada u/g follower yang sememangnya dahagakan material terkini. Selain daripada itu, ada juga terlibat dengan beberapa projek usaha sama dengan label tempatan atas dasar tolong menolong sesama rakan seperjuangan. Nama distro yang pernah aku pakai sebelum ini ialah seperti Souls of Kananulark' distribution dan Souls Kanan Distribution. Nawaitu utama aku pada masa itu ialah untuk memeriahkan lagi scene u/g yang mana ketika itu bilangan distro di Sarawak boleh dibilang dengan jari.

Bagaimana tercetusnya nama Eastern Voice Production (EVP) ? Kalau semua nak tahu, aku bubuh nama ni pun secara sepontan. Yakni dalam masa aku menghasilkan rilisan pertama EVP sebetulnya aku masih tercari-cari nama yang sesuai untuk label aku ni. Nak bubuh nama yang lebih universal sikit (coz masa tu byk yang pakai perkataan2 dari bahasa ibunda masing2). Sedang aku terkapai-kapai buat design & layout cover cd rilisan pertama aku tu, dalam otak aku terintas perkataan Eastern dan aku combine kan dgn Voice. Suara dari Timur? Ya terciptalah nama label yang aku guna pakai sekarang ni. Then aku cepat2 siapkan logo EVP yang agak simple untuk diletakkan pada cover cd tu nanti.

Keluaran Pertama EVP ialah Compilation EP Shamanic Rites - Ultimate Collection of Unholy Power. Band yang amat berpotensi dan produktif dari Sarawak ketika itu dari genre Metal Kelam. Atas dasar kawan dan ingin melihat band ini terus produktif dan aktif, maka tercetusnya idea untuk meriliskan karya-karya yang pernah dihasilkan oleh band tersebut yang dihimpunkan ke dalam sebuah Ep. Sekurang-kurangnya ada jugak band yang memecah kesunyian dari Sarawak amnya menembusi laut Cina Selatan ke pelusuk Malaysia. Dengan rilisnya keluaran pertama ini juga, maka dengan rasminya Eastern Voice Production ditubuhkan iaitu pada 1 Muharram 1427H bersamaan dengan 10 Januari 2006. Dari situlah titik permulaan EVP merangkak hingga ke hari ini. Kini, beberapa rilisan telah dihasilkan dan rilisan2 seterusnya telah pun di rancang. Tanpa sokongan metalhead dari segenap pelusuk nusantara ini amnya Alhamdulillah..masih bertahan sehingga ke hari ini. Thanx for support!!

Jumaat, 20 November 2009

Selamat Datang!

Assalamualaikum semua...
1st time buat blog sendiri. Alhamdulillah...boleh lah, langkah permulaan untuk saya berjinak-jinak dengan alat perhubungan di zaman ini, maka saya tidak ketinggalan untuk mempelajarinya. Namun segala kelemahan Insyaallah akan saya perbaiki dan tunjuk ajar dari rakan-rakan semua memang dialu-alukan...

Objective utama blog ini ialah untuk memperkenalkan label Eastern Voice Production serta ingin bertukar-tukar pendapat mengenai muzik, underground scene dan sebagainya disamping berkenal kenalan antara satu sama lain. Support dari rakan-rakan semua adalah amat dihargai...

oklah, setakat ini saja dulu. Sehingga kita berjumpa lagi..
Sala'am